Guan Eng didakwa bohong dalam Dewan Rakyat

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

LIM Guan Eng terbukti menfitnah dan berbohong dalam Dewan Rakyat.

Ini perkara serius dan dibuktikan melalui Laporan PAC yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat semalam 15.7.2019.

Malah, rumusan Audit menyatakan hanya RM5.06 bilion yang telah disah serta dilulus bagi pembayaran daripada RM19.4 bilion itu.

Keadaan ini memperlihatkan kredibilitinya sebagai Menteri Kewangan sangat tidak baik.

Sikapnya juga boleh menjejaskan reputasi pengurusan ekonomi Malaysia di mata dunia, kerana negara ini mempunyai Menteri kewangan yang seringkali memutar belit fakta dan berbohong.

Sangat jelas wang bayaran balik GST RM19.4 bilion yang dikatakan oleh Guan Eng telah hilang dan dirompak BN adalah tidak benar sama sekali.

Justeru langkah Blok Pembangkang UMNO dan Pas yang akan membawa usul merujuk Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Malaysia sangat tepat dan mesti disokong.

Persoalanya apakah Parlimen akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng.

Artikel Berkaitan:

Sekali lagi prinsip “rule of law” Kerajaan PH akan diuji.

Jika tiada sebarang tindakan diambil ia sekali lagi menyebabkan Kerajaan PH merendahkan Institusi Parlimen Malaysia.

Kita tunggu dan lihatlah apakah tindakan kerajaan PH.

Dan sesuatu yang malang ialah apabila Menteri Kewangan Kerajaan PH merupakan seorang yang suka berbohong, tidak telus, lemah dalam pengurusan ekonomi.

Beliau gagal berfungsi sebagai Menteri kewangan yang baik.

Kerana itulah Kedudukan Bursa Saham dan Ringgit Malaysia tidak baik. Pelabur tidak yakin dengan Malaysia.

Beliau hanya bijak menjual aset dan harta negara serta menggunakan wang Petronas sahaja. Dan Menteri Kewangan yang lemah.

*Penulis merupakan Ketua Penerangan UMNO. Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang SINAR HARIAN.