Tealive tembusi Brunei, bakal buka 3 kedai menjelang akhir tahun 2019

Kedai pertama Tealive di pusat membeli-belah Aman Hills, Bandar Seri Begawan, Brunei dibuka untuk penggemar minuman teh.
Kedai pertama Tealive di pusat membeli-belah Aman Hills, Bandar Seri Begawan, Brunei dibuka untuk penggemar minuman teh.
A
A
A
TEALIVE melebarkan sayap niaga ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam apabila kedai pertamanya di negara itu dibuka pada 14 Julai baru-baru ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, dengan kejayaan pembukaan kedai pertama di Bandar Seri Begawan, dijangka dua buah lagi kedai Tealive akan dibuka di negara tersebut menjelang akhir tahun ini.

“Kami amat bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh pelanggan di Brunei dan pada masa yang sama kami juga amat berbangga kerana sebagai sebuah jenama yang berasal dari Malaysia, kami telah berjaya menunaikan keperluan para peminat teh di sini,” katanya pada pembukaan kedai pertama Tealive di pusat membeli-belah Aman Hills, Bandar Seri Begawan pada Ahad lalu.

Loo berkata, Tealive ialah sebuah jenama popular buat rakyat Malaysia dan kedai yang terletak di Miri, Sarawak, telah mencatatkan prestasi terbaik sejak mula beroperasi pada tahun 2017.

“Populariti ini sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan jenama Tealive dalam kalangan para penggemar teh di Brunei. Justeru, pembukaan kedai di Brunei adalah sesuatu yang kami jangkakan.
Artikel Berkaitan:


“Dengan penerimaan yang sangat memberangsangkan daripada pasaran Brunei, kami bercadang untuk membuka dua buah lagi kedai menerusi kerjasama dengan pemegang francais kami di sana.

“Jumlah kedai kami kini telah mencecah 300 buah dan kami berniat untuk terus mengembangkan sayap niaga di masa akan datang,” katanya.

Tealive telah mengembangkan perniagaannya ke China, Vietnam, Australia, dan United Kingdom dan terbaharu di Brunei.