Pejabat Tanah Jempol komited selesaikan isu haiwan ternakan terbiar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JEMPOL – Pejabat Daerah dan Tanah Jempol komited untuk menangani isu binatang ternakan terbiar yang kerap berlaku di sekitar daerah ini.

Pegawai Daerah dan Tanah Jempol, Mas Midyawan Yahya berkata, pihaknya akan melakukan beberapa langkah dan alternatif yang sesuai bagi memastikan masalah haiwan terbiar ini tidak berlarutan.

“Hasil perbincangan dalam mesyuarat yang tadi (semalam) kita sepakat untuk melakukan beberapa perkara secara bersama bagi menangani isu ini.

“Antara langkah yang akan dilaksanakan mengadakan taklimat MPKK bersama Jabatan Veterinar bagi menerangkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengenai penjagaan haiwan ternakan, agar haiwan itu tidak terbiar," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama MPKK Daerah Jempol di Bilik Gerakan Daerah Jempol di sini semalam.

Mas Midyawan (duduk, tengah) selepas mempengerusikan mesyuarat bersama MPKK Daerah Jempol, di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di sini semalam.
Mas Midyawan (duduk, tengah) selepas mempengerusikan mesyuarat bersama MPKK Daerah Jempol, di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di sini semalam.

Menurut Mas Midyawan, pihaknya akan mengadakan operasi penangkapan secara bersepadu, termasuk agensi kerajaan yang lain, untuk membanteras isu haiwan ternakan terbiar ini, bagi memberi pengajaran kepada penternak agar sentiasa menjaga haiwan ternakan mereka dengan baik.

"Dalam masa yang sama, kami akan dapatkan bantuan MPKK untuk mengenalpasti penternak yang mengusahakan secara kecil-kecilan di setiap kampung bagi membolehkan pihak veterinar melakukan pemantauan secara berterusan.

"Taklimat bersama penternak itu akan berlangsung kira-kira lima minggu bagi memastikan mereka memiliki ilmu dan kesedaran dalam penjagaan haiwan ternakan," katanya.

Artikel Berkaitan: