Jangan pertikai papan tanda tulisan Cina

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM -Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han memaklumkan papan tanda dwibahasa dibenarkan di Kampung Baru Cina dan Kampung Baru Melayu.

Menurutnya, penggunaan tulisan Cina selain bahasa kebangsaan di papan tanda beberapa kampung baru Cina sudah wujud sejak beberapa tahun lalu dan beliau hairan mengapa ia tiba-tiba menjadi isu ketika ini.

"Memang dibenarkan papan tanda tulisan Cina di Kampung Baru Cina manakala tulisan jawi di Kampung Baru Melayu selain daripada bahasa kebangsaan.

Bukan saja di kawasan Shah Alam malah penggunaan papan tanda dwibahasa turut digunakan di Kampung Baru Seri Kembangan dan beberapa kawasan lain. "Ini merupakan satu keunikan di negara ini dan tak perlu dipertikaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Sze Han mendakwa isu itu mungkin timbul kerana papan tanda itu terletak bersempadanan Kampung Baru Melayu.

"Mungkin ada yang keliru dengan sempadan antara kampung baru Cina dan Melayu di situ, jadi ada yang pertikai, saya dimaklumkan dua papan tanda sudah dipadamkan tulisan Cina iaitu di Jalan Bukit Badak dan Jalan Besar Pekan Subang.

"Kita patut saling hormat itu lebih baik, selama ni kita boleh begitu lama hidup secara harmoni,”katanya lagi.

Terdahulu, aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafizi mempersoalkan sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah tidak mempunyai kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa di papan tanda.

Merujuk kepada papan tanda tertera tulisan Cina yang dinaikkkan di sekitar kawasan ini,
Artikel Berkaitan:


Razlan berkata, sekiranya DBP sudah tidak mempunyai kuasa atau kuasa sedia ada ditarik, lebih elok institusi tersebut ditutup daripada membazirkan wang rakyat.