Had umur belia: Kerajaan batal keputusan Johor jika ada campur tangan istana

Dr Mahathir menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Mahathir menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak teragak-agak membatalkan keputusan berhubung penetapan had umur belia 40 tahun yang dimuktamadkan kerajaan Johor jika didapati wujud campur tangan istana.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, istana tiada hak untuk campur tangan berhubung perkara itu.

“Ada cerita kata campur tangan dari istana. Istana tak ada hak untuk campur tangan dalam perkara ini.

“Kalau kita dapati ia adalah hasil campur tangan dari istana, kita akan batal keputusan itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang penjelasan dari kerajaan negeri mengenai ketetapan yang diumumkan kerajaan negeri hari ini.

Terdahulu Menteri Besar Johor, Datuk Dr Shahrudin Jamal menegaskan had umur belia negeri itu telah dimuktamadkan iaitu kekal dengan takrifan usia 15 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, isu had umur belia di Johor dianggap selesai walau bagaimanapun, dalam tempoh sebelum pindaan Akta 668 itu diwartakan, kerajaan negeri akan melakukan perjumpaan dengan semua pihak terlibat termasuk persatuan belia.

Artikel Berkaitan: