Fitri Haris baru putus cinta

Fitri Haris
Fitri Haris
A
A
A

PENYANYI, Fitri Haris mengakui baru putus cinta dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Pelantun lagu Hanya Kamu berusia 35 tahun itu menyifatkan tiada jodoh dan berserah kepada Yang Maha Esa.

"Jodoh belum bertemu sebab belum sampai masanya. Saya baru sahaja putus cinta dan reda dengan ketentuan Ilahi," luahnya ringkas.

Fitri berkongsi hal tersebut apabila ditanya mengenai video yang dimuat naik di akaun Instagramnya seakan-akan memberi signal bakal menamatkan zaman duda.

"Video itu hanya gimik untuk tudung dan kalau dibaca pada kapsyen, ditulis aku tidak sempurna, terima kasih kerana sudi menyempurnakan sebahagian dariku membawa maksud terkadang dalam bertudung atau tidak, terbitnya kesedaran tidak sempurna.

"Jadi, tudung keluaran terbaru saya nanti diibaratkan telah menyempurnakan niat si pemakai untuk bertudung mahupun berhijrah ke arah lebih baik," ujarnya kepada Sinar Harian ketika dihubungi sebentar tadi.

Hasil tinjauan di ruang komen, rata-rata sudah beranggapan Fitri sudah menjumpai orang rumah.

Namun ada juga segelintir peminat yang bijak dalam meneka mengenai video memaparkan seorang wanita sedang gembira sambil menggayakan tudung berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai dan telah ditonton sebanyak 27,190 kali.