Lumpuh selepas bersalin anak ketujuh

Norazlina Hasan, 42, di Kampung Laut 1 di sini kaku terlantar di atas katil dan bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub untuk hidup.
Norazlina Hasan, 42, di Kampung Laut 1 di sini kaku terlantar di atas katil dan bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub untuk hidup.
A
A
A

TUMPAT - Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu.

Akibat komplikasi ketika bersalin itu, Norazlina Hasan, 42, di Kampung Laut 1 di sini kaku terlantar di atas katil dan bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub untuk hidup.

Sejak itu, anaknya Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina 'dahaga' susu badan ibunya sendiri.

Namun setiap kali anaknya diletakkan dalam pangkuan, Norazlina akan menitiskan air mata meskipun badannya dalam keadaan kaku tanpa suara.

Ianya meruntun hati sesiapa sahaja apatah lagi bayi itu dibesarkan oleh kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup berhenti kerja sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor untuk menjaga ibu dan adik yang baru dilahirkan itu.

Nur Fatin berkata, dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu masuk ke mulut adik.

"Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik.

"Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik.

Artikel Berkaitan:

"Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.

"Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian ALLAH, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu," katanya.

Norazlina pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu.
Norazlina pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu.

Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu.

"Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.

"Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.

"Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan, selepas dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya," katanya.

Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, 45, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.

Keperitan hidup keluarga ini mendapat perhatian Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK).

Pengerusinya, Pui Tiong Lam menziarahinya dan akan menyumbangkan dua tin susu setiap bulan kepada Norazlina.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410 atau hubungi talian 0176160035.