Penuntut maut motosikal rempuh teksi

Mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
A
A
A

KULIM - Seorang penuntut dari institut Perda Tech Bukit Panchor, Nibong Tebal, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah teksi di Kilometer 206 hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, kejadian berlaku pada jam 3.18 pagi apabila motosikal jenis RXZ ditunggang mangsa berumur 20 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar teksi jenis Proton Waja itu dari arah sama.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa dari arah Kulim ke Butterworth.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986.

Artikel Berkaitan: