Buaian berpapan tanda tarikan baharu Pantai Hiburan

Rahim merasmikan buaian sumbangan SWCorp di Pantai Hiburan. - Foto Ihsan SWCorp
Rahim merasmikan buaian sumbangan SWCorp di Pantai Hiburan. - Foto Ihsan SWCorp
A
A
A

KUANTAN - Enam buaian yang dipasang di Pantai Hiburan, Rompin bakal menjadi tarikan terbaharu kepada orang ramai yang berkunjung ke pusat peranginan itu.

Buaian itu adalah sumbangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang bagi memberi kelainan di kawasan pantai terbabit.

Pengarah SWCorp negeri, Sharudin Hamid berkata, buaian itu dilengkapi dengan papan tanda bagi mengajak pengunjung ke arah penjagaan persekitaran pantai terbabit secara berterusan.

Menurutnya, ini sebagai langkah untuk memastikan pengunjung ke Pantai Hiburan menjaga kebersihan di kawasan terbabit.

“SWCorp yakin dengan adanya daya penarik seperti buaian ini, pengunjung akan lebih peka dan prihatin mengekalkan kebersihan dan keindahan Pantai Hiburan.

“Malah, pengunjung juga akan merasakan suasana yang lebih tenang dengan keadaan persekitaran yang bersih," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Buaian itu dinamakan sempena unsur-unsur alam dan kemanusiaan antaranya Buaian Keindahan, Buaian Sehati Sejiwa, Buaian Cinta, Buaian Kebersihan, Buaian Kedamaian dan Buaian Silaturahim.

Majlis penyerahan buaian terbabit diadakan sempena Majlis Sehati Sejiwa 'Jejak Pantai Hiburan' peringkat negeri yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Rahim Muda,

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, kemudahan lain turut disediakan seperti papan tanda kebersihan, papan tanda arah negeri dan lapan unit Recycle Net Bin.

Tambahnya, diharapkan ia mampu menjadi tarikan kepada pengunjung memandangkan Rompin adalah salah satu daerah di Pahang yang mempunyai tarikan tersendiri.

Selain itu, Sharudin berkata, SWCorp sentiasa komited terhadap usaha untuk memastikan masyarakat sentiasa menjaga alam persekitaran dan membudayakan amalan 3R.

“Kita yakin dengan amalan mengasingkan sisa ini membantu memanjangkan tempoh hayat tapak pelupusan yang sedia ada,” katanya.