Felcra bantu mangsa ribut

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa ribut di Felcra Sungai Temau, Kuala Lipis.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa ribut di Felcra Sungai Temau, Kuala Lipis.
A
A
A

LIPIS - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) meluluskan peruntukan RM50,000 bagi membantu keluarga peserta Felcra Sungai Temau di sini yang terjejas akibat kejadian ribut, malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, sebanyak 26 buah rumah mengalami kerosakan melibatkan kira-kira 90 mangsa namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Felcra Berhad dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kejadian ribut itu turut menyebabkan berlaku kerosakan kecil pada bangunan Pejabat Kawasan Felcra Sungai Temau, masjid, bangunan koperasi dan kuarters pekerja.

Ekoran kejadian, pihak pengurusan Felcra Wilayah Pahang dan Felcra Kawasan Sungai Temau telah mengambil tindakan segera bagi membantu peserta-peserta yang terlibat.

"Antara tindakan diambil termasuk mengadakan gotong-royong pembersihan rumah dan juga kawasan perumahan terlibat.

"Misi pembersihan dan kawalan keselamatan kawasan turut disertai agensi-agensi kerajaan di daerah Lipis seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, polis dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri difahamkan turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa terjejas.

Artikel Berkaitan: