80 anggota trafik kawal laluan sempena KMJ 2019

Mustafa Bakri Salleh
Mustafa Bakri Salleh
A
A
A

PONTIAN - Seramai 80 anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Seri Alam, Kota Tinggi dan Kulai akan bertugas mengawal lalu lintas sempena Kembara Mahkota Johor 2019 dan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 pada 20 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, beberapa laluan akan ditutup sementara dan dilencongkan bermula jam 9 pagi.

“Antara laluan ditutup ialah Jalan Al-Sagoff, Jalan Dataran Awam Tepi Laut Pontian dan jalan utama di Pusat Perdagangan Pontian.

“Kita jangka laluan akan dibuka semula pada sebelah tengah hari bermula jam 11 pagi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang awam agar mematuhi arahan yang ditetapkan pada hari tersebut bagi mengelakkan kesulitan.

Artikel Berkaitan: