Jantung berdebar-debar apa tandanya?

JANTUNG berdebar-debar salah satunya minum terlalu banyak kafein.
JANTUNG berdebar-debar salah satunya minum terlalu banyak kafein.
A
A
A

TIBA-tiba sahaja anda berasa tidak selesa apabila jantung anda asyik berdenyut dengan laju. Anda risau jika itu merupakan tanda serangan jantung akan berlaku.

Usah bimbang ia hanyalah keadaan jantung berdebar di mana anda mampu merasakan denyutan jantung anda.Pada keadaan biasa, anda tidak sedar bahawa jantung sedang berdenyut.

Ketika jantung berdebar, anda akan rasa seolah-olah jantung sedang berdenyut dengan kuatnya, laju dan berdetak-detak di dada.

Kebanyakan jantung berdebar adalah sesuatu yang tidak merisaukan dan tidak memerlukan rawatan. Akan tetapi jika ia terlalu teruk ketika serangan itu berlaku ataupun kerap berlaku, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Beberapa punca kepada masalah ini adalah:

- Senaman yang berat

- Pengambilan kopi

- Tekanan

Artikel Berkaitan:

- Risau, takut dan panik

- Kekurangan air dalam badan

- Hormon tiroid yang berlebihan

- Kekurangan sel darah merah atau anemia

- Demam dan serangan sakit jantung

- Kekurangan oksigen dalam darah yang mungkin disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru, paru-paru berair dan sebagainya.

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika sebelum ini anda memang mempunyai masalah jantung, kerap mengalami masalah jantung berdebar dan mempunyai simptom seperti pening kepala, lemah badan, pengsan, sesak nafas, berpeluh dengan banyak, sakit dada, sakit bahagian leher, rahang serta tangan sebelah kiri.

Rawatan jantung berdebar:

- Cuba kenal pasti perkara yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

- Kurangkan pengambilan kafein

- Ambil makanan yang sihat

- Cuba untuk mengekalkan tekanan darah dan kolesterol pada tahap yang normal.

- Tekanan anda perlu belajar teknik relaksasi dan perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

- Dehidrasi, anda perlu minum lebih banyak air jika dalam keadaan panas ataupun apabila seseorang itu mengalami cirit-birit ataupun muntah-muntah yang teruk.

- Kurang gula dalam darah, pesakit selalunya akan disuruh untuk minum air manis.

- Anemia selalunya pesakit akan diberi darah.

- Bagi mengurangkan hormon tiroid yang berlebihan dalam badan ubat akan diberikan.

- Sakit jantung, ubat untuk mencairkan darah beku akan diberikan kepada pesakit

Pun demikian, terdapat banyak lagi punca lain yang mempunyai cara rawatan yang berlainan. Pesakit perlulah bertanyakan kepada doktor rawatan yang akan diterima oleh mereka.

Sumber: The Diagnosa.