Sime Darby Rent A Car terima pengiktirafan

Dari kiri: Nicholas dan Harun pada majlis Hari Terbuka  Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd dan penyampaian anugerah Kecemerlangan Perniagaan Hertz Asia di Pulau Pinang kelmarin.
A
A

Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd (SDRAC) menerima pengiktirafan Kecemerlangan Perniagaan Hertz Asia atas pencapaian yang kukuh dan pengembangan jenama Hertz dan Thrifty di Malaysia.

Pengarah Urusan SDRAC, Harun Mohd Joned berkata, pengiktirafan itu memberi kesan positif kepada industri.

“Pengalaman luas kami dalam pengurusan flit kenderaan dimanfaatkan dalam memartabatkan peranan sebagai pemangkin pertumbuhan pasaran Malaysia.

“Ia bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta yang berusaha untuk beroperasi dengan saiz aset kecil sambil memaksimumkan kecekapan kos,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Katanya, kerjasama dengan Hertz telah memastikan syarikat mengekalkan amalan terbaik bertaraf antarabangsa dan menyediakan struktur kos yang kompetitif dan telus kepada pelanggan mereka.

Sementara itu, Pengarah Francais Hertz Asia Pacific, Nicholas Waring berkata, penganugerahan itu adalah untuk mengiktiraf kejayaan dan komitmen SDRAC atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan kepada pelanggan Hertz dan Thrifty di seluruh Malaysia.

SDRAC ialah anak syarikat milik penuh Sime Darby Motors kini menguruskan lebih 3,800 kenderaan, iaitu flit terbesar di Asia Tenggara bagi jenama Hertz dan Thrifty.

Ia disokong oleh pasukan yang berwibawa dan berdedikasi dengan pengalaman luas dalam pembekalan, penyelenggaraan dan pengurusan flit kenderaan dalam pelbagai industri.

Dengan memanfaatkan teknologi terkini, pengurusan saiz flit mampu menjangkau lebih 35,000 unit.

Kepakaran SDRAC dalam pengurusan flit, pajakan operasi dan penyewaan kereta disokong oleh rangkaiannya yang meliputi 269 panel yang sah.