Kahwin campur lahir generasi hibrid di Sarawak

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
A
A
A

SIBU - Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum berikutan hubungan akrab masyarakat sejak sekian lama telah melahirkan dan mewujudkan generasi hibrid di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik.

Menurutnya, ini secara langsung mengeratkan lagi hubungan serta perpaduan dalam kalangan mereka.

"Satu perkara baik dalam budaya kita ialah banyak perkahwinan campur, Cina berkahwin dengan Melayu, Melayu kahwin Cina, Cina kahwin Dayak, Iban kahwin Bidayuh dan banyak lagi.

"Hasil perkahwinan campur ini maka wujudlah generasi yang saya panggil orang hibrid Sarawak,” katanya semasa jamuan malam Harmonious Night Gala anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan 7 Klan di sini malam tadi.

Ketua Menteri berkata, masyarakat luar kagum melihat keunikan dan perpaduan kaum di Sarawak di mana setiap kaum yang berbeza dari segi budaya dan kepercayaan agama boleh bekerja bersama macam satu keluarga.

"Seorang wanita yang berkedudukan tinggi dari semenanjung datang berjumpa saya tiga hari lepas dan memaklumkan beliau sangat kagum dengan perpaduan kaum di negeri ini sambil mengesyorkan Sarawak dijadikan model yang patut dicontohi orang semenanjung,” jelasnya.

Beliau berkata, Abang Johari berkata, Dr. Michio Kaku (ahli futuris dan fizik teori) menyatakan bahawa Sarawak memiliki semua ramuan untuk membangun seperti negara lain di dunia menjelang tahun 2030.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Kaku itu menurut beliau adalah pengiktarafan akan kemampuan yang dimiliki Sarawak.

Kerajaan Negeri mengurus Sarawak dengan seimbang dalam semua aspek di samping melihat keperluan setiap rakyat. - Bernama