Pertandingan mengait sambil layan muzik heavy metal

Peserta dari Jepun dikenali sebagai Giga Body Metal dinobat sebagai pemenang pertandingan mengait sambil layan muzik heavy metal.
Peserta dari Jepun dikenali sebagai Giga Body Metal dinobat sebagai pemenang pertandingan mengait sambil layan muzik heavy metal.
A
A
A

JOENSUU - Peminat muzik heavy metal dan juga aktiviti mengait berkumpul sempena Kejohanan Dunia Mengait Heavy Metal yang pertama kali diadakan di Finland.

Pertandingan yang diadakan di bandar Joensuu pada Khamis lalu menyaksikan peserta dari Amerika Syarikat, Jepun, Denmark, Rusia, Sweden dan beberapa negara lain menunjukkan bakat mengait sambil menari di atas pentas dengan diiringi kumpulan muzik heavy metal, Maniac Abductor.

"Dalam pertandingan ini, para peserta menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan, menampilkan bakat mengait mereka dengan iringan muzik heavy metal," kata kenyataan laman sesawang pertandingan terbabit.

Peserta dari Jepun dikenali sebagai Giga Body Metal yang ditemani sepasang petinju sumo dinobat sebagai pemenang acara yang julung kali diadakan itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: