Isu had umur belia Johor selesai, kekal hingga 40 tahun: Sahruddin

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersalaman dengan jemaah haji rombongan kerajaaan negeri di LTAS.
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersalaman dengan jemaah haji rombongan kerajaaan negeri di LTAS.
A
A
A

KULAI - Kerajaan Johor konsisten dengan pendirian untuk mengekal dan mentakrifkan definisi belia dari umur 15 hingga 40 tahun.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, isu had umur belia di Johor sudah selesai dengan penegasan pendirian kerajaan negeri.

“Saya rasa isu had umur belia sudah selesai. Pendirian kerajaan negeri masih kekal (sehingga umur 40 tahun),” katanya ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini semalam.

Beliau ditemui selepas hadir mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama terdiri daripada 150 jemaah haji rombongan Kerajaan Johor ke tanah suci.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Sahruddin berkata, proses pembabitan dan penerangan perlu dilakukan secara menyeluruh di Johor, bagi memastikan persatuan belia memahami pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Terdahulu, Sahruddin dalam satu kenyataan, memaklumkan kerajaan Johor menetapkan pendirian mengekalkan had umur belia dan masih mentakrifkan definisi belia daripada umur 15 hingga 40 tahun.

Namun, sehari kemudian Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali pula memaklumkan kerajaan negeri menerima pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun.

Tidak lama selepas itu, Kerajaan Johor kembali dengan pendirian untuk mengekalkan semula had umur belia di negeri ini kepada 40 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN Johor kembali kekalkan had umur belia kepada 40 tahun

Artikel Berkaitan: