‘Tayar jentani pun kau kebas’

Seorang daripada suspek ditahan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes curi tayar jentani.(Kanan: Tayar jentani ditemui bersama suspek ketika ditahan kelmarin.)
Seorang daripada suspek ditahan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes curi tayar jentani.(Kanan: Tayar jentani ditemui bersama suspek ketika ditahan kelmarin.)
A
A
A

PARIT BUNTAR - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan satu yang dipercayai terlibat dalam kes curi tayar jentani milik seorang penduduk di Tanjung Piandang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh anggota ronda cegah jenayah dari Balai Polis Tanjung Piandang dan merampas dua tayar jentera padi berkenaan.

“Kedua-dua suspek berusia 13 dan 38 tahun itu ditahan sekitar jam 6 petang selepas menerima laporan kehilangan dua tayar jentani yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Pengadu telah meletakkan jentera itu hadapan rumahnya sejak dari musim padi lepas dan tidak mampu mengendalikannya kerana sudah berusia,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri.

“Semakan mendapati kedua-duanya tiada rekod kesalahan lampau malah, ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel Berkaitan: