1,500 pengunjung meriahkan Karnival Masjid Daerah SPU

 Kanak-kanak tidak melepaskan peluang melihat kuda dengan lebih dekat di Karnival Masjid Daerah SPU ini.
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang melihat kuda dengan lebih dekat di Karnival Masjid Daerah SPU ini.
A
A
A

TELOK AIR TAWAR - Matlamat mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid menjadi agenda utama menjayakan Karnival Masjid Daerah Seberang Perai Utara, di sini semalam.

Karnival yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini itu dianggarkan menerima kunjungan hampir 1,500 pengunjung yang terdiri daripada anak kariah dan tidak ketinggalan masyarakat dari luar Telok Air Tawar.

Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Salahuddin Sulaiman berkata, penganjuran Karnival Masjid Daerah SPU itu kali kedua diadakan.

"Karnival bermula kira-kira jam 8 pagi dan berakhir pada 11 malam itu mempunyai pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya nasyid, tilawah al-Quran, memanah, menganyam ketupat, street soccer, ceramah agama dan forum perdana.

"Alhamdulillah, penganjuran karnival ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat, terdiri daripada semua peringkat umur termasuk ibu bapa juga yang menyertai pertandingan diadakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Menurutnya, penganjuran karnival itu juga secara langsung mengetengahkan keunikan pusat ibadah seiring visi menjadikan masjid sebagai pusat kecemerlangan dan tumpuan.

"Kita bermatlamat mahu mendekatkan masyarakat ke masjid, tidak kira mana golongan baik yang tua mahupun muda, institusi masjid ialah pusat tumpuan masyarakat daripada semua sudut.

"Masa sama kita mahu memperkemaskan lagi ikatan dalam masyarakat dalam bersama mengimarahkan masjid,” katanya.