Sembilan maut pesawat terhempas di Sweden

Bot pasukan kecemasan membawa serpihan pesawat kecil yang terhempas di Umea, Sweden semalam ke sebuah pelabuhan kecil. - Foto AFP
A
A

STOCKHOLM - Sembilan orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Sweden semalam, lapor pihak berkuasa.

"Sembilan orang dalam pesawat berkenaan maut," kata jurucakap wilayah Vaesterbotten, Gabriella Bandling kepada AFP tanpa menyatakan siapa mangsa.

Menurut media Sweden, pesawat GippsAero GA8 Airvan yang berlepas dari Lapangan Terbang Umea, membawa sekumpulan orang untuk melakukan terjunan menggunakan payung terjun namun ia dilaporkan terhempas pada kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan).

Rakaman amatur yang dimuat naik atas talian oleh akhbar harian Aftonbladet menunjukkan pesawat berkenaan terjunam dalam keadaan menegak.

"Saya mendengar bunyi pelik, saya pandang ke atas dan melihat sebuah pesawat berpusing seperti gasing," kata seorang saksi bernama Peter Larsson kepada akhbar Dagens Nyheter.

Bangkai pesawat malang itu ditemukan di sebuah pulau di selatan Umea. - AFP