Rumah, premis kerajaan rosak dilanda ribut

Antara rumah yang terjejas akibat dilanda ribut, petang semalam.
Antara rumah yang terjejas akibat dilanda ribut, petang semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 16 rumah penduduk dan dua premis kerajaan rosak dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kampung di daerah Temerloh, petang semalam.

Kampung terlibat termasuk Kampung Gajah Mati, Sungai Buloh, Mentakab, Kampung Sungai Kepong, Kampung Mempateh, Lanchang, Kampung Paya Keladan, Kampung Seri Ketumbit, Kampung Bukit Ketumbit, Kerdau, Kampung Kerai Jalan Seberang Temerloh, Kampung Tan Seri Yahya, Songsang, Kampung Rasau, Lipat Kajang dan Taman Paya Taram.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusof berkata, premis kerajaan terjejas melibatkan blok kediaman Kem Batu 5, Mentakab dan stor pekerja Sekolah Kebangsaan Kerdau.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, kebanyakan rumah terjejas mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

"Tiada pusat pemindahan sementara dibuka manakala anggaran kerugian masih dalam taksiran.

"Penduduk terjejas menasihatkan agar membuat laporan polis bagi mengesahkan kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan: