Projek akuakultur belakang rumah

TEKNOLOGI sistem akuakultur resirkulasi menyokong kepada penyelesaian ladang pintar dan akan menggalakkan belia memilih kerjaya sebagai petani sekali gus menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan.
TEKNOLOGI sistem akuakultur resirkulasi menyokong kepada penyelesaian ladang pintar dan akan menggalakkan belia memilih kerjaya sebagai petani sekali gus menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan.
A
A
A

SISTEM akuakultur resirkulasi di belakang rumah. Hanya menggunakan sangkar kecil di dalam kolam, penduduk India khususnya petani di luar bandar kini boleh menjana pendapatan berligat ganda.

Teknologi baharu yang diusahakan Institut Pembangunan Luar Bandar dan Panchayati Raj (NIRDPR) itu dilaksanakan Universiti Sains dan Teknologi Cochin mendapat perhatian media setempat.

Sistem itu mula dilaksanakan di Taman Institut Teknologi Luar Bandar dengan sokongan dana kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Perikanan Nasional.

Perkongsian dalam portal India Today itu menunjukkan usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dengan amalan pertanian bersepadu.

Menurut Ketua Pengarah NIRDPR, WR Reddy, pendapatan petani boleh digandakan dengan mempromosikan kempen amalan pertanian bersepadu.

“Teknologi ini menyokong kepada penyelesaian ladang pintar dan akan menggalakkan belia memilih kerjaya sebagai petani sekali gus menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan,” katanya.

“Sisa kumbahan ternakan ikan akan dipam keluar secara berkala dan dijadikan baja organik untuk projek tanaman sebagai projek selingan.

“Pengurusan penternakan ikan seperti tilapia, pangasius, murrel dan pearlspot lebih mudah kerana penggunaan sangkar yang lebih kecil dengan level air untuk sistem ini juga agak rendah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mungkin projek itu dapat membantu menyelesaikan isu yang membelenggui golongan petani luar bandar yang berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat.