Sinar Harian menang enam kategori

Nor Aieni (dua kanan) menyampaikan hadiah kemenangan kepada wakil Sinar Harian, Mohd Taha Yaacob.
Nor Aieni (dua kanan) menyampaikan hadiah kemenangan kepada wakil Sinar Harian, Mohd Taha Yaacob.
A
A
A

KUALA NERUS - Sinar Harian menang besar apabila membolot enam kategori anugerah termasuk tiga Anugerah Khas Juri pada Malam Apresiasi Media Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2019 malam tadi.

Penolong Editor Kampus Uols, Norhayati Alli bersama-sama Ketua Wartawan Sinar Harian Terengganu, Rahayu Mustafa menerima tiga Anugerah Khas Juri.

Norhayati menerima Anugerah Khas Juri bagi dua kategori iaitu Nilai Aktikel Berita Tertinggi dan Bilangan Liputan Akhbar Online Tertinggi sementara Rahayu bagi Bilangan Liputan Akhbar Tertinggi.

Norhayati terus menarik perhatian apabila turut memenangi Anugerah Penulisan Berita Pendidikan Bahasa Melayu Terbaik pada majlis tahunan UMT bagi menghargai pengamal media itu.

Wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain pula memenangi Anugerah Penulisan Berita Pendidikan Bahasa Melayu Terbaik dan Anugerah Penulisan Berita Am Terbaik menerusi artikel disiarkan di Sinar Harian.

Dengan kemenangan itu, semua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM600 bagi setiap kategori dimenangi berserta sijil yang disampaikan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Artikel Berkaitan: