Duduk atas tandas selama lima hari

De Frenne mencabar dirinya untuk duduk selama 165 jam di tandas, namun hanya berjaya mencipta rekod selama 116 jam.
De Frenne mencabar dirinya untuk duduk selama 165 jam di tandas, namun hanya berjaya mencipta rekod selama 116 jam.
A
A
A

OSTEND - Gara-gara mahu mencipta rekod dunia, seorang lelaki di Belgium sanggup duduk di atas tandas selama lima hari.

Jimmy De Frenne, 48, yang bekerja sebagai pemandu bas mencabar dirinya untuk duduk selama 165 jam di atas tandas khas yang ditempatkan di tengah sebuah bar.

Tetapi, dia akhirnya mengalah selepas 116 jam pada pagi Jumaat lalu.

Bar Filip's Place di Ostend dibuka sepanjang masa untuk membolehkan ahli keluarga dan rakan De Frenne singgah serta berbual dengannya.

Selain itu, De Frenne juga diberi tempoh lima minit setiap jam yang dikumpulkan untuk membolehkannya tidur.

Ironinya, dia juga perlu ke tandas memandangkan tandas bar tersebut tidak dihubungkan dengan saluran paip.

Menurutnya, duduk untuk tempoh yang lama bukan perkara mudah.

"Saya sangat penat dan kaki saya juga sakit. Saya percaya pada kejayaan saya dan cuba membuat rekod rasmi ini," jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, tiada rekod dunia untuk kategori duduk di atas tandas.

Rekod Dunia Guinness juga telah dimaklumkan tentang cubaan De Frenne dan pegawai tempatan dan saksi turut membuat pemeriksaan untuk mengesahkannya. - Agensi