PATI gadai nyawa elak ditahan Imigresen

Antara PATI yang ditahan
Antara PATI yang ditahan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiaran lari dan ada yang sanggup menggadai nyawa melintasi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan serta keluar daripada tingkap bangunan bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen.

Itu antara aksi yang dapat dilihat dalam operasi yang dijalankan di Jalan Silang dan di sebuah hotel di Jalan Pudu, petang tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi yang disertai 175 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dilakukan di dua lokasi tersebut secara serentak.

“Dalam operasi di Jalan Silang, seramai 1,709 individu berusia antara 21 hingga 45 tahun telah diperiksa.

"Seramai 247 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tinggal lebih masa, tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan menyalahgunakan pas lawatan," katanya kepada media selepas selesai operasi berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Pudu, pihaknya berjaya menahan seramai 159 wanita warga asing yang disyaki melakukan perkara yang menyalahi moral.

Artikel Berkaitan: