Kebocoran data pengguna, Facebook capai penyelesaian RM20.5b

Penyelesaian itu dicapai susulan siasatan berhubung dakwaan Facebook mendedahkan maklumat 87 juta pengguna media sosial.
Penyelesaian itu dicapai susulan siasatan berhubung dakwaan Facebook mendedahkan maklumat 87 juta pengguna media sosial.
A
A
A

NEW YORK - Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) meluluskan penyelesaian berjumlah kira-kira AS$5 bilion (RM20.5 bilion) dengan Facebook berhubung siasatan ke atas cara pengendalian data pengguna media sosial tersebut.

Menurut laporan Wall Street Journal, FTC telah melancarkan siasatan berhubung dakwaan Facebook berkongsi maklumat 87 juta pengguna dengan firma perunding politik di Britain, Cambridge Analytica.

Siasatan itu menumpukan sama ada perkongsian data itu melanggar perjanjian persetujuan 2011 antara Facebook dan pengawal selia.

Keputusan itu disambut gembira para pelabur hingga menyebabkan saham Facebook melonjak 1.8 peratus, namun beberapa anggota Demokrat di Amerika Syarikat mengkritik hukuman itu yang didakwa tidak mencukupi.

Difahamkan, penyelesaian itu masih perlu dimuktamadkan oleh Bahagian Sivil Jabatan Kehakiman dan pengumuman akhir akan diumumkan seawal minggu depan.

Ketika ini, Facebook berdepan kritikan banyak pihak selepas ia merancang untuk melancarkan mata wang kripto, Libra yang sekali lagi mencetuskan kebimbangan tentang privasi pengguna dan pengubahan wang haram. - Agensi

Artikel Berkaitan: