UMNO tak pecat ahli lantang bersuara: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - UMNO tidak akan sewenang-wenangnya memecat ahlinya hanya kerana mereka lantang mengkritik kepimpinan parti secara terbuka.
Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO mengamalkan sikap terbuka dan ahli bebas untuk menyuarakan pendapat.
“Sebelum ini ramai yang komen pasal Zahid Hamidi (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pun sebelum dia bercuti dan selepas dia balik bercuti. Kita tak pernah buang orang pun atas alasan itu.
“Ahli kita tak ditutup mulut untuk bercakap tapi kalau sampai tahap yang terlalu lebih, mungkin Jawatankuasa Disiplin akan panggil tapi setakat ini tiada.













