Lelaki maut motosikal langgar lembu

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zamri
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zamri
A
A
A

BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang mereka merempuh seekor lembu di Kampung Pak Kiang dekat Kampung Raja di sini awal pagi tadi.

Dalam nahas jam 3.05 pagi itu, Muhammad Afiq Rosmadi, 21, dari Kampung Pengkalan Teras, Keluang di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 seorang diri datang dari arah Kampung Pak Kiang menghala ke Kampung Raja.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar lembu yang berada di atas jalan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Besut dan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan tidak lama selepas itu,” katanya.

Mohd Zamri berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di kepala.

Artikel Berkaitan: