Polis minta kerjasama kesan kanak-kanak madrasah hilang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilapor hilang sejak 2 Julai lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak dalam kenyataan hari ini berkata, Muhammad Danial Ridhwan Anuar diilihat kali terakhir di alamat tempat kanak-kanak itu menuntut di Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata mangsa berketinggian 148 sentimeter dengan berat 45 kilogram, berambut lurus dan berwarna hitam, mata berwarna hitam, berkulit putih, bermisai nipis, berbulu kening sederhana, mata sepet dan memiliki bibir nipis.

"Kanak-kanak itu didapati hilang dari madrasah berkenaan pada waktu Subuh pada hari tersebut seperti dilaporkan penjaga premis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta untuk menghubungi Balai Polis Taiping di talian 05-8291222, atau Insp Mohd Ashrul Afiq Abdul Halim di talian 019-3957182.- Bernama

Artikel Berkaitan: