MDGM sita barangan tiga penjaja

MDGM menyita barangan jualan tiga peniaga yang menjalankan perniagaan di hadapan sekolah.
MDGM menyita barangan jualan tiga peniaga yang menjalankan perniagaan di hadapan sekolah.
A
A
A

GUA MUSANG - Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menyita barangan jualan tiga penjaja di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2, di sini hari ini.

Penolong Pegawai Penguatkuasa, YM Raja Azlan Tuan Mat berkata, operasi yang turut melibatkan sembilan anggota itu dilakukan selepas amaran tidak diendah.

Katanya, sebelum ini beberapa notis telah dikeluarkan supaya tidak menjalankan perniagaan di hadapan sekolah dalam jarak 50 meter dari pagar sekolah.

"Setelah beberapa notis tidak diendah, tindakan menyita barangan jualan dibawah Akta Sek 9(1) Undang-Undang Kecil Penjaja MDGM 2012 terpaksa dilakukan.

"Kompaun telah dikeluarkan dan boleh didenda sehingga RM500. Kita memohon agar peniaga mematuhi larangan tersebut.

"Operasi seterusnya akan dilakukan termasuk di kawasan-kawasan lain yang boleh mengundang kesesakan lalu lintas dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan: