Lelaki serang pusat tahanan imigresen AS ditembak mati

Polis menutup laluan utama ke lokasi kejadian.
Polis menutup laluan utama ke lokasi kejadian.
A
A
A

WASHINGTON - Pihak berkuasa menembak mati seorang lelaki bersenjata yang bertindak menyerang sebuah pusat tahanan imigresen Amerika Syarikat di Washington.

Kejadian berlaku di barat laut bandar Tacoma kira-kira jam 4 pagi semalam (waktu tempatan).

Polis menerima panggilan kecemasan selepas suspek bersenjatakan selaras rifle membakar sebuah kereta dan cuba membakar sebuah tangki gas.

Lelaki terbabit mati ditembak polis yang tiba ke lokasi.

Penyerang terbabit dikenal pasti sebagai Willem Van Spronsen, 69.

Lapor media tempatan, Van Sprinsen memiliki rekod jenayah kerana menyerang anggota polis ketika melakukan tunjuk perasaan di luar pusat tahanan berkenaan tahun lalu.

Tiada pegawai polis yang terbabit dalam tembakan itu cedera dan motif serangan masih disiasat.

Jabatan Imigresen AS berdepan dengan krisis pendatang haram di sempadan selatan negara itu selepas ribuan pendatang memasuki AS setiap bulan. – AFP

Artikel Berkaitan: