Media perlu sentiasa telus

Mohd Hizul Azri (kiri) bersama Taib setelah menandatangani MOU berkenaan.
Mohd Hizul Azri (kiri) bersama Taib setelah menandatangani MOU berkenaan.
A
A
A

TRONOH - Media perlu sentiasa telus terhadap setiap berita yang disalurkan kepada masyarakat demi memastikan cadangan menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dapat dijayakan.

Pengasas Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Dr Mohd Hizul Azri Mohd Nor berkata, ketelusan berkenaan dilihat penting supaya golongan dalam lingkungan usia berkenaan menerima berita atau informasi terkini yang sebenar.

"Kami sambut baik undi 18 ini. Cuma apa yang kita perlukan sekarang ini adalah ketelusan berita daripada suratkhabar, televisyen dan radio.

"Ini supaya remaja yang berusia 18 tahun tahu informasi yang benar, baik, betul dan tepat untuk mereka memilih kerajaan yang paling tepat bagi meminpin mereka pada malllsa hadapan.

"Seandainya tidak ada ketelusan, berita masih disembunyikan atau masih ada berita berita yang tidak tepat, jangankan umur 18, saya rasa umur 25 pun tak layak untuk mengundi," katanya di sini hari ini.

Mohd Hizul berkata demikian pada sidang media sempena program Belia Gegar Masjid di Masjid Ar Rahmaniah, Tronoh yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Munir Aliyasak.

Menurutnya, bukan sahaja pada usia 18 tahun tidak layak mengundi bahkan yang berusia 25 tahun juga sama jika tiada ketelusan atau berita masih disembunyikan dan masih ada berita tidak tepat.

Sementara itu, pada program berkenaan, Mohd Hizul Azri yang mewakili YDKMM turut menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama pihak masjid berkenaan yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Baharu Ar-Rahmaniah, Prof Madya Dr Taib Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Mohd Hizul berkata, YDKMM menjadi rakan strategik bagi masjid berkenaan mulai 1 Julai 2019 dan pihaknya akan membimbing golongan berkenaan dengan memberikan fokus terhadap masalah keimanan serta akhlak.

Menurutnya kedua-dua masalah berkenaan perlu diberikan perhatian demi memastikan golongan berkenaan dapat memilih pemimpin ketika mengundi kelak.

"Apabila mereka nak memimpin atau memilih pemimpin mereka pasti memilih pemimpin yang bertepatan dengan akidah yang benar, akhlak yang baik dan sesuai dengan profesionalisme mereka.

"Kami juga harapkan mereka sedar dalam al-Quran ada menyebut memilih pemimpin ini ada dua iaitu Qowiyun dan Aminun," katanya.