Pemandu treler tersepit rempuh bas rosak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA KUBU BAHRU - Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah bas persiaran yang rosak di tepi jalan di Kilometer (KM) 432.7 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.04 pagi dan tiba di lokasi berkenaan kira-kira 40 minit kemudian.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, pemandu treler berkenaan telah tersepit di bahagian pemandu namun berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

"Mangsa juga dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: