JPJ, nanti kami pandu macam orang gila!

Geram bila tahu ada pegawai JPJ menyamar penumpang dalam bas dipandu mereka


Pemandu bas ini menepuk dahi selepas menerima saman daripada penguat kuasa JPJ Selangor yang menyamar sebagai penumpang.
Pemandu bas ini menepuk dahi selepas menerima saman daripada penguat kuasa JPJ Selangor yang menyamar sebagai penumpang.
A
A
A
Segelintir pemandu bas ekspres yang ditahan menunjukkan riak wajah geram dan 'sakit hati' apabila mengetahui penguat kuasa JPJ menyamar sebagai penumpang.

Mana tidak berang, selepas memandu jauh, tiba-tiba dihulur saman yang tertulis pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ia disaksikan sendiri Wartawan Sinar Siasat yang mengikuti operasi penyamaran bas ekspres melibatkan destinasi utara dan selatan.

Seorang pemandu bas ekspres, Ibrahim Darman (bukan nama sebenar), 52, yang memandu dari Georgetown ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, berang ketika dua penguat kuasa JPJ Selangor menyerahkan lima saman atas pelbagai kesalahan, antaranya memandu di lorong kanan secara berterusan, memotong di tempat tidak dibenarkan, memandu lebih 300 kilometer secara berterusan tanpa pemandu kedua termasuk merokok semasa memandu.

"Kereta biasa tak nak pula saman. Pemandu kereta main telefon bimbit tak nak saman. Pemandu bas sahaja nampak bersalah," katanya penuh emosi.

Sepanjang pemanduan juga lelaki berkenaan mempamer sikap panas baran apabila memaki hamun pemandu-pemandu kenderaan lain yang berada di atas jalan raya.

Ketika dinasihati penguat kuasa JPJ, Ibrahim tanpa rasa bersalah berkata, dia memang tidak boleh mengawal emosi ketika memegang stereng.


Pemandu bas ini sempat memberi isyarat 'peace' selepas kena saman.
Pemandu bas ini sempat memberi isyarat 'peace' selepas kena saman.



Seorang lagi pemandu mempersoalkan penguat kuasa yang menyerahkan kertas saman dan mendesak supaya saman itu diselesaikan segera.

Artikel Berkaitan:


"Nanti kami lambat pula bertolak kalau lambat macam ni. Bila kami pandu macam orang gila, kena saman lagi," kata Azman Ghazali (bukan nama sebenar).

Walaupun ada yang memberi reaksi agak kasar dengan kata-kata sinis, namun penguat kuasa JPJ Selangor yang terlibat dalam operasi hanya bersikap tenang.

"Saya seperti boleh meneka tadi gaya penguat kuasa menyamar sebagai penumpang dalam bas saya. Ternyata dugaan saya betul," kata seorang pemandu bas ekspres.

Mohd Riduan (bukan nama sebenar) menerima saman kerana dua kali menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun apabila diberikan saman oleh pegawai JPJ, pemandu dari Kuala Krai itu cuma ketawa dan memberikan isyarat 'peace'.

Rakannya yang juga pemandu pertama berusia 44 tahun ketika diberitahu mengenai kesalahan dan dinasihati oleh penguat kuasa JPJ, dia hanya 'menarik muka selamba'.