Nyawa orang awam di tangan pemandu bas?


Penguat kuasa JPJ Selangor mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan.
Penguat kuasa JPJ Selangor mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan.
A
A
A
WARTAWAN Sinar Siasat yang mengikuti operasi bersama penguat kuasa JPJ Selangor dikejutkan dengan cara pemanduan berbahaya seorang pemandu bas yang mengekori rapat kereta di hadapan sebelum memotong secara 'zig zag'.

Bukan sekali, tetapi beberapa kali dilakukan pemandu tersebut. Kami hanya mampu menarik nafas. Malah, ada satu ketika dia menekan brek secara mengejut kerana kenderaan di hadapannya terlalu rapat.

Itu antara kesalahan yang direkodkan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dalam operasi bermula 19 hingga 20 Disember lalu.

Pemandu bas itu juga disaman atas kesalahan memandu tanpa pemandu kedua.

Jarak yang tidak terlalu jauh, selain bayaran murah menjadi alasan untuk tidak menggunakan khidmat pemandu kedua.

Bagaimanapun, ia mengundang bahaya kepada penumpang terutama apabila pemandu letih ataupun mengantuk ketika memandu.

Seorang pemandu bas pula tidak menyangka ada pegawai JPJ yang menyamar dalam bas ekspres dipandunya.

Tiga notis saman dikeluarkan kepada Abdullah (bukan nama sebenar) iaitu memandu di lorong paling kanan secara berterusan, memandu kenderaan di kawasan kenderaan berat di larang memotong dan memandu tanpa pemandu kedua selepas melebihi 300KM.


Pemandu bas ekspres dikenakan kompaun kerana didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Pemandu bas ekspres dikenakan kompaun kerana didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Artikel Berkaitan:


Untuk kesalahan memandu tanpa pemandu kedua selepas melebihi 300KM, kata Abdullah, dia terpaksa berbuat demikian memandangkan bayaran yang diterima untuk satu perjalanan (trip) hanya sekitar RM60.

"Jika ada dua pemandu, bayaran RM60 itu terpaksa dibahagikan dua dan setiap seorang hanya menerima RM30. Kami juga ada keluarga untuk ditanggung," katanya.

Sementara itu, pemandu bas yang dikompaun di Terminal Ekspress Sungai Nibung, Pulau Pinang, susulan menggunakan telefon bimbit memberikan alasan alat bantuan bebas tangan telefon bimbit miliknya rosak.

Pemandu berusia 20-an itu, Alias (bukan nama sebenar) memberi alasan panggilan diterimanya itu adalah amat penting dan perlu dijawab segera walaupun ketika itu sedang memandu.

Dia hanya ketawa sahaja. Langsung tidak ada rasa bersalah!

statistik jalan raya
statistik jalan raya



Bagi seorang lagi pemandu yang disaman di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Sulaiman (bukan nama sebar) berusia 40-an berkata, dia sudah 19 tahun membawa kenderaan berat dan dari tempoh berkenaan sekitar tujuh tahun memandu bas ekspres.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia dikompaun JPJ sepanjang memandu bas ekspres.

“Kalau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kami cam (kenal). Kali ni memang tak cam ada JPJ yang menyamar dalam bas ni,” katanya.

Bagaimanapun, dia menerima dengan tenang menerima saman JPJ itu.