Berhenti sekolah kerana glaukoma

Mohamad Lukman (dua dari kiri) bersama neneknya ketika menerima kunjungan Wan Hassan (kiri) hari ini.
Mohamad Lukman (dua dari kiri) bersama neneknya ketika menerima kunjungan Wan Hassan (kiri) hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pelajar Tingkatan Enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku terpaksa melupakan alam persekolahan selepas diserang penyakit saraf mata progresif dua bulan lalu.

Mohamad Lukman Halim Yatim, 19, wabak glaukoma itu menyebabkan penglihatannya makin kabur.

Katanya, dia tidak berupaya berulang alik ke sekolah dengan motosikal seperti biasa dan terpaksa mengambil keputusan berhenti sekolah.

Menurutnya, dia menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Saya menghidap sakit resdung sejak di sekolah rendah dan sering menggunakan ubat titik untuk mata saya.

"Menurut doktor, steroid daripada ubat itu menjadi punca saya menghidap glaukoma," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Projek LTN Air Tawar, Semerak hari ini.

Dia menerima kunjungan ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim yang menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanannya.

Mohamad Lukman berkata, dia yang kematian ibu bapa sejak dia kanak-kanak lagi bergantung kepada neneknya, Minah Ibrahim, 80.

Artikel Berkaitan:

Pada Oktober nanti katanya, dia perlu ke HUSM untuk rawatan susulan dan berharap segala urusan dipermudahkan.

"Saya hanya berharap sakit ini sembuh segera kerana saya mahu meneruskan pengajian walaupun saya tahu glaukoma boleh menyebabkan seseorang itu buta kekal," katanya.