Stesen TV Ukraine diserang bom tangan

Polis turut menjumpai pelancar bom tangan di lokasi kejadian.
Polis turut menjumpai pelancar bom tangan di lokasi kejadian.
A
A
A

KIEV - Sebuah stesen televisyen Ukraine menjadi sasaran serangan bom tangan hari ini selepas ia mengumumkan rancangan untuk menyiarkan dokumentari kontroversi yang memaparkan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Serangan sekitar jam 3.40 pagi (waktu tempatan) itu digambarkan sebagai tindakan terorisme oleh pegawai.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, namun terdapat kerosakan kecil di bahagian hadapan pejabat saluran 112 Ukraine.

Siasatan di lokasi kejadian turut menemui pelancar bom tangan yang ditinggalkan.

Saluran TV berkenaan kini telah membatalkan rancangan tersebut bagi mengelak sekatan dan pendakwaan jenayah.

Insiden itu sedang disiasat agensi keselamatan (SBU). - AFP

Artikel Berkaitan: