Cik Puan Sofie meriahkan White Sand Colour Run

Cik Puan Sofie Louise (tengah) memanaskan badan sebelum menyertai White Sand Colour Run.
Cik Puan Sofie Louise (tengah) memanaskan badan sebelum menyertai White Sand Colour Run.
A
A
A

PASIR PUTEH - Isteri Tengku Mahkota Kelantan, Cik Puan Sofie Louise Johansson memeriahkan White Sand Colour Run yang membabitkan hampir 200 peserta di sini hari ini.

Program anjuran Gerakan Belia 4B dan Majlis Belia Jajahan di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh itu turut disertai pelajar sekolah berdekatan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Pasir Puteh, Nurul Hazizi Ismail berkata, penyertaan Cik Puan Sofie Louise menyuntik semangat peserta lain pada program julung kali diadakan itu.

"Kesemua peserta menerima sijil penyertaan dan kita menyediakan tiga kategori iaitu untuk murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah serta belia dan dewasa.

"Peserta sekolah rendah untuk larian sejauh 3km, sekolah menengah 4km manakala belia dan dewasa sejauh 6km," katanya.

Turut menyertai larian tersebut adalah Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ab Pattah Hasbullah, Ketua Pegawai Pendidikan daerah, Harun Yusof dan Pengerusi Belia 4B Kelantan, Shahrul Fadhel Abd Aziz.

Artikel Berkaitan: