Serangan hotel di Afghanistan ragut tiga nyawa

Kumpulan bersenjata menyerang sebuah hotel di Badghis, Afghanistan hari ini.
Kumpulan bersenjata menyerang sebuah hotel di Badghis, Afghanistan hari ini.
A
A
A

HERAT - Sekurang-kurangnya tiga anggota keselamatan terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah hotel di barat Afghanistan hari ini.

Serangan di ibu negeri wilayah Badghis, Qala-e-Naw itu berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari (waktu tempatan).

Beberapa penyerang turut dilihat memakai jaket bom ketika memasuki hotel berkenaan.

"Sebaik memasuki hotel, penyerang berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

"Setakat ini, tiga anggota keselamatan terbunuh dan dua lagi cedera," kata Ketua Majlis Wilayah Badghis, Aziz Bek kepada AFP.

Tambah Bek, kanak-kanak dari sebuah sekolah berhampiran telah dipindahkan ke kawasan selamat ketika letupan kuat kedengaran di bandar tersebut.

Seorang saksi berkata, penyerang terlebih dahulu menyerang pos pemeriksaan polis sebelum memasuki hotel berkenaan.

"Hotel itu terletak berhampiran pos pemeriksaan polis. Setakat ini kedengaran dua letupan kuat," kata Haroon Amir.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, tiada kumpulan tampil mengaku mendalangi serangan tersebut. - AFP