Zareef sangat istimewa di hati aku: Erma Fatima

erma
erma
A
A
A

PENERBIT dan pengarah, Erma Fatima menyifatkan anak kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof, 9, begitu istimewa di hatinya.

Menurut figura berusia 51 tahun itu, biarpun Zareef dibesarkan dengan kehidupan yang sangat selesa, namun dididik dengan penuh peradaban.

"Mulutnya tak lepas dari kata maaf, dia tak sombong dengan kesenangannya. Pandai beli jiwa semua orang, such a sweetheart.

"Beberapa hari sebelum kemalangan dia tidur dengan aku. Kadangkala pergi set satu kereta dengan aku, makan bersama, balik bersama," tulisnya di Instagram.

Malah Erma turut mengimbau detik-detik menakutkan apabila melihat kereta yang dinaiki Zareef terlibat dalam penggambaran ketika ke lokasi penggambaran Mak Cun 5 di Sekinchan, Selangor, semalam.

"Pagi itu dia berangkat ke set penggambaran dari hotel 5 minit awal daripada aku. Bayangkan ketika aku melewati tempat kemalangan, aku nampak kereta dia dah terbalik.

"Berlari turun kereta dalam tangisan mencari dia. Aku nampak dia duduk di tepi jalan dalam keada terkejut.

"Alhamdulillah, malaikat jaga kau sayang, sedikit luka pun tiada. Aku tetap bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan.

Artikel Berkaitan:

"Dan kau anak yang sangat kuat sayang, tetap nak teruskan penggambaran. Terima kasih ALLAH kerana kau selamatkan dia daripada segalanya saat kau menghantar dugaan itu," katanya.

Tambah Erma, Zareef disifatkan sebagai seorang pelakon berbakat sama seperti ayahnya.

Biarpun mempunyai bakat besar, namun Erma mengharapkan Zareef akan lebih berjaya dalam akdemik.

"Anakku, kau berbakat seperti ayahmu. Darah yang mengalir dalam tubuh kau ada darah seni. Tapi ini bukan tempat kau sayang, ini hanya tempat untuk kau bermain.

"Kau ada tugas yang lebih besar yang harus diselesaikan iaitu persekolahanmu.

"Apa pun, kau selalu dan akan sentiasa berada di dalam hatiku," ujarnya beserta tanda pagar my sweetheart.

Perkongsian Erma itu turut mendapat perhatian daripada ibu Zareef iaitu Vie Shantie dan Eizlan sendiri.

Vieshantiekhan: "Kak Erma Sayang, from the bottom of my heart.. I just wanna say thank u so much for everything for what u have done for Zreef all these while.. Tdak sia-sia saya memberi izin dia bekerja dengan kakak.. You'e truly an inspiration.. Love u with all my heart.. may you Always be in the protection of Allah SWT."

Eizlanyusof: "Sayunya @ermafatima terima kasih kerana meyayangi dan menjaga @zareefyusofofficial dengan baik."