Awet muda dengan DNA salmon

Ikan berkenaan terkandung Omega 3, asam amino, vitamin A, vitamin C, antioksidan baik untuk kesihatan kulit wajah, badan

SUNTIKAN DNA salmon di My Clinic, Cheras membantu menganjalkan, memberi kelembapan dan membuatkan kulit tampak berseri. Foto: Zahid Izzani
SUNTIKAN DNA salmon di My Clinic, Cheras membantu menganjalkan, memberi kelembapan dan membuatkan kulit tampak berseri. Foto: Zahid Izzani
A
A
A

PADA bulan lalu, tular menerusi laman sosial apabila penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau mesra disapa KD mengakui mengambil suntikan asid deoksiribonukleik (DNA) ikan salmon.

Wanita berusia 44 tahun itu menjelaskan, rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia dan rejim kecantikan yang bertujuan membantu mengekalkan kejelitaan, awet muda dan mencerahkan kulit wajah.

"Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega-3. Justeru, salmon antara jenis ikan yang mengandungi omega paling tinggi.

"Menariknya, selain mengekalkan kelembapan kulit wajah kaedah rawatan itu juga membuatkan kita awet muda terutamanya pada bahagian pipi dan bibir," tuturnya yang dipetik menerusi portal ngopibareng.id baru-baru ini.

Menurut pakar kecantikan Chen Clinic, Dr Chen Ik Cen M Biomed yang bertanggungjawab merawat kulit wajah Krisdayanti, rawatan berasaskan DNA salmon sudah dipraktikkan di Korea Selatan dan Singapura sejak beberapa tahun lalu.

"Sebab itu, jika diteliti dan diperhatikan kulit wajah mereka (wanita) cantik, bersih dan berkilau.

"Lazimnya, saya sarankan kepada KD supaya mengambil suntikan itu setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih dalam kondisi yang baik," jelasnya dalam satu temu bual bersama media Indonesia.

Persoalannya, apakah manfaat suntikan DNA salmon pada kulit wajah sehingga mendorong industri kecantikan di Korea Selatan, Singapura dan terbaharu Indonesia menawarkan khidmat rawatan tersebut?

Kaya omega-3, vitamin

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai hubung kait antara DNA salmon dan kulit manusia, Pakar Estetik My Clinic, Dr Ng Ying Ching memberitahu, DNA ikan berkenaan mengandungi nutrisi berkhasiat seperti Omega 3, asam amino, vitamin A, vitamin C, antioksidan baik untuk kesihatan kulit wajah mahupun badan.

"Apabila DNA salmon disuntik pada keseluruhan kulit wajah ataupun mana-mana sahaja anggota badan, ia bertindak menganjalkan, memberi kelembapan dan membuatkan kulit tampak berseri.

"Mengapa salmon? Hasil kajian mendapati DNA ikan itu hampir sama dengan DNA manusia. Lagipun ia baik untuk kulit dan tidak mendatangkan kesan sampingan,” katanya ketika ditemui Wow Femina pada program Demonstrasi Rawatan Rejuran Healer di My Clinic, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rawatan kecantikan dari Korea itu turut menggunakan DNA salmon yang berkualiti.

Ujar Ying Ching, suntikan akan dilakukan pada lapisan dermis iaitu lapisan kedua kulit yang merupakan pusat utama pembukaan liang pori, kelenjar sebum, kelenjar peluh dan folikel rambut.

"Sekiranya kelenjar minyak dapat dikawal ia akan mengelakkan berlakunya masalah kulit berminyak dan jerawat melampau. Bagaimanapun, sebelum melakukan sesi suntikan rawatan Rejuran Healer para pelanggan akan menjalani beberapa proses utama,” jelasnya.

Manfaat ikan salmon

- Menjaga kesihatan kulit dan rambut -Lemak omega-3 dalam ikan salmon membantu mengekalkan awet pada wajah manakala kandungan protein pula menyihatkan kulit dan rambut.

- Meningkatkan metabolisme.

-Selain menyeimbangkan gula dalam darah, ikan salmon yang diperkaya lemak omega-3 juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Ini bermakna, semakin tinggi tahap metabolisme, maka semakin mudah proses pembakaran kalori bagi individu yang ingin menurunkan berat badan.

-Meningkatkan memori-Kandungan asid amino dan vitamin A meningkatkan memori termasuk pertumbuhan dan perkembangan sel otak.

- Atasi radangan

-Ikan salmon turut membantu mengurangkan radang sendi darah, kanser, risiko strok dan masalah kardiovaskular.

- Kekalkan jisim otot-Kandungan protein dan asid amino dalam ikan salmon membantu membaiki otot dan mengatur keseimbangan metabolik.