Kerajaan PH kutip cukai petrol daripada rakyat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menurutnya masih berdiam diri berhubung isu harga minyak pada waktu itu.

Bahkan kata Najib, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sendiri telah mengesahkan kerajaan PH kini sedang mengutip cukai petrol daripada rakyat setiap hari, susulan harga minyak yang masih statik meskipun harga minyak dunia mengalami penurunan.

"Jika Kementerian Kewangan berani capatikan janji untuk memberi subsidi petrol kepada rakyat, sekurang-kurangnya mesti berani juga untuk mengaku mereka sedang mengutip cukai petrol dari rakyat bermula dari awal bulan November.

"Sehingga kini, Guan Eng masih malu untuk menjawab," katanya dalam perkongsian terbaharunya di laman Facebook.

Katanya, secara jujur, kerajaan BN ketika pentadbirannya tidak pernah mengenakan cukai petrol.

"Sebab itu, rakyat pernah menikmati harga RON95 semurah RM1.60 sehingga RM1.70 dan diesel pada harga RM1.35 dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum ini walaupun ramai tidak ingat atau buat buat tak ingat.

"Internet takkan lupa harga RON95 dan diesel pernah murah ketika harga minyak dunia murah," katanya.

Sebelum itu, Najib turut bersetuju dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri

Artikel Berkaitan:

Wee Ka Siong berhubung isu ini.

Najib turut memetik kenyataan Ka Siong yang menegaskan bahawa kerajaan PH perlu berani menyatakan kebenaran dalam isu ini.

Terdahulu Rafizi menggesa kerajaan agar melaksanakan semula sistem apungan harga minyak secara mingguan seperti yang dilaksanakan pentadbiran BN sebelum ini.

Rafizi berkata, pelaksanaan sistem itu membolehkan harga RON95 diturunkan sebanyak 20 sen untuk beberapa minggu akan datang berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

“Sejak beberapa minggu lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak, terutama minggu ini. Bagi memastikan harga yang dibayar rakyat melambangkan keadaan pasaran semasa, saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan menyemak harga mengikut formula secara mingguan," katanya.