Penduduk New Zealand serah senjata api

Objektif skim itu adalah untuk menghapuskan senjata api paling berbahaya daripada peredaran.
A
A

CHRISTCHURCH - Puluhan penduduk New Zealand menyerahkan senjata api mereka hari ini di bawah skim beli balik yang dilancarkan kerajaan susulan insiden serangan berdarah ke atas dua masjid yang meragut 51 nyawa pada Mac lalu.

Penyerahan pertama terdiri daripada lebih 250 koleksi senjata api adalah di Christchurch.

Seramai 169 individu menyerahkan 224 senjata api dan 217 bahagian serta aksesori yang kemudiannya dimusnahkan dalam mesin hidraulik.

Difahamkan, pampasan lebih NZ$433,600 (RM1.2 juta) turut diberikan kepada pemilik senjata api terbabit.

Menteri Polis, Stuart Nash berkata, salah satu objektif skim itu adalah untuk menghapuskan senjata paling berbahaya daripada peredaran.

Sementara itu, komander polis wilayah, Mike Johnson berkata, seramai 903 pemilik senjata api di kawasan Canterbury telah mendaftarkan 1,415 senjata api yang akan diserahkan di bawah skim tersebut. - Agensi