Lebih 200 tonton teater muzikal Hantu Kak Limah di MAPS

Barisan pelakon teater muzikal Hantu Kak Limah.
Barisan pelakon teater muzikal Hantu Kak Limah.
A
A
A

IPOH - Dianggarkan lebih 200 penonton hadir bagi menyaksikan teater muzikal Hantu Kak Limah di Taman Tema Animasi (Maps), malam ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Animaton Theme Park (ATP), Shafeei Abdul Ghaffor dan exco kerajaan negeri, Abdul Yunus Jamhari.

Pementasan bermula sekitar 8.30 malam dengan menampilkan watak Hantu Kak Limah berserta latar belakang Kampung Pisang, khususnya di pekarangan warung Pak Jabit.

Menampilkan Hazama memegang watak Hussin, Joey (Ustaz Solihin), Aziz M. Osman (Pak Jabit), Miera Liana (Tun), Ropee (Nayan) teater muzikal berkenaan menampilkan kisah berbeza berbanding naskah filem sebelum ini.

Secara keseluruhannya, ia berkisarkan mengenai penduduk Kampung Pisang yang menjalankan aktiviti pemujaan kubur sehingga menyebabkan Hantu Kak Limah kembali mengganggu penduduk kampung berkenaan.

Justeru, kepada peminat filem Hantu Kak Limah, anda diajak beramai-ramai untuk menyaksikan teater Hantu Kak Limah yang bakal berlangsung mulai malam ini sehingga 31 Disember 2018, kecuali 28 Disember.

Artikel Berkaitan: