Lebih RM1.38 juta dirampas sepanjang sebulan

Azhari Nusi
Azhari Nusi
A
A
A
RANTAU PANJANG - Lebih RM1.38 juta barangan seludup berjaya dirampas Pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan sepanjang tempoh sebulan Op Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat ke Rantau Panjang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang sebulan operasi itu dilakukan sebanyak 51 kes penyeludupan berjaya dipatahkan.

"Kes penyeludupan berkaitan peraturan di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) mencatatkan rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM385,453.60.

"Diikuti dengan aktiviti penyeludupan berkaitan dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) membabitkan rampasan bernilai RM381,880," katanya.

Azhari (depan, empat dari kiri) semasa Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol.
Azhari (depan, empat dari kiri) semasa Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol di sini hari ini.

Menurutnya, rampasan itu adalah hasil kerja keras dan semangat berpasukan anggota.

"Kami akan kembali semula bertugas untuk Op Wawasan pada awal September ini," katanya.

Artikel Berkaitan: