Pelajar MRSM terkandas: AirAsia mohon maaf

Antara pelajar MRSM Langkawi yang didakwa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi setelah diarah keluar orang juruterbang.
Antara pelajar MRSM Langkawi yang didakwa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi setelah diarah keluar orang juruterbang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menghubungi dan membuat permohonan maaf terhadap keluarga pelajar-pelajar yang didakwa diarah turun dari pesawat itu sebelum penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur berlepas baru-baru ini.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, selain membuat permohonan maaf, pihaknya turut memberikan penjelasan mengenai kejadian sebenar yang berlaku ketika itu.

"Keselamatan dan keselesaan para penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami dan disebabkan itulah kami terpaksa melakukan semakan menyeluruh terhadap kejadian yang berlaku.

"Hasil semakan itu akan membantu kita untuk melakukan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Kami berbesar hati para penumpang muda ini dapat menaiki penerbangan alternatif AirAsia dan dengan ikhlas kami memohon maaf," kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini seramai 12 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi didakwa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) setelah diarah keluar dari pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur oleh juruterbang.

Dikatakan tindakan tersebut dilakukan tanpa sebarang alasan yang kukuh sehingga menyebabkan ibu bapa pelajar terbabit berang dan menuntut penjelasan daripada syarikat penerbangan tambang murah itu.

Artikel Berkaitan: