Suruhanjaya Tinggi Nigeria mahu rakyatnya di Malaysia hormat undang-undang

Ciapan di laman mikro Twitter Universiti Lim Kok Wing berkaitan kejadian itu.
Ciapan di laman mikro Twitter Universiti Lim Kok Wing berkaitan kejadian itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tinggi Nigeria mahu rakyatnya di negara ini supaya menghormati undang-undang di Malaysia ketika siasatan kematian seorang penuntut negara berkenaan mati di Depot Imigresen Bukit Jalil 9 Julai lalu, sedang disiasat.

Suruhanjaya Tinggi Nigeria melalui kenyataan berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat kematian Thomas Orhion Evansiha dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menyiasat insiden berkenaan.

“Suruhanjaya Tinggi juga mengambil perhatian terhadap kebimbangan orang Nigeria di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Nigeria mati dalam tahanan Imigresen

Polis sahkan protes warga Nigeria

“Suruhanjaya Tinggi memastikan langkah-langkah perlu diambil untuk menangani kejadian malang ini untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang pada masa akan datang,” katanya.

Suruhanjaya Tinggi Nigeria juga menjelaskan Orhion Evansiha, 34, memiliki pas pelajar sah dengan nombor PR1328346 dan tamat pada 23 September depan.

Susulan kematian Orhion Evansiha, sekumpulan warga Nigeria membuat perhimpunan yang bertukar kecoh di hadapan Suruhanjaya Tinggi Nigeria Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, seramai 20 orang terlibat dalam perhimpunan yang diadakan oleh Nigerians In Daspora Organization Malaysia (NIDO-MY).

Mazlan juga menasihati warga Nigeria supaya menghormati undang-undang Malaysia dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Semalam, Jabatan Imigresen Malaysia mendedahkan penahanan Orhion Evansiha dilakukan selepas pihaknya meragui ketulenan pas pelajar dimiliki lelaki berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menafikan dakwaan sesetengah pihaknya kononnya Orhion Evansiha, seorang pelajar peringkat kedoktoran Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) Cyberjaya ditahan secara tidak sah.

Katanya, kematian lelaki itu juga bukanlah disebabkan kecederaan sebaliknya dipercayai diserang sawan ketika tidur.