Ubah pendirian sukarkan Pemuda PH bekerja

Azam
Azam
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kekeliruan kerajaan negeri menyatakan pendirian berkaitan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) menyukarkan komponen Pemuda PH bekerjasama dengan belia.

Setiausaha Pemuda PH Johor, Azam Mektar berkata, pindaan RUU Akta 688 ini adalah perubahan yang selari dengan matlamat reformasi golongan anak muda yang diperjuangkan.

Menurutnya, berikutan itu keteguhan keputusan kerajaan negeri sangat penting berhubung isu ini.

"Mengambil maklum atas perkembangan terkini, keputusan ini sebagai suatu langkah ke hadapan dalam membawa anjakan baharu peranan belia di negara ini.

"Malah, perkara ini telah mula dibincangkan sejak tahun 2010.

"Tempoh dua tahun untuk pewartaan seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan dengan penuh tertib," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Azam berkata, tetapi di Johor terdapat beberapa kekeliruan, apabila sebanyak tiga kali keputusan kerajaan negeri berubah-ubah berkaitan isu ini dalam tempoh 48 jam.

"Tindakan kerajaan negeri ini hanya menyukarkan pemuda PH mahupun komponen pemuda sebagai jentera kerajaan PH untuk menerangkan dan melakukan kerja-kerja 'engagement' bersama belia.

Artikel Berkaitan:

"Faktanya Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 Akta 668 adalah bawah bidang kuasa kerajaan Perseketuan dan telah diluluskan di Dewan Rakyat yang disokong oleh Ahli Parlimen tanpa bantahan.

"Dengan sebab ini tiada alasan kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perundangan dan Akta 668 bidang kuasa kerajaan Persekutuan," katanya.