1,700 sertai Larian SIGS80

Acara yang terbahagi kepada tiga kategori, awam, sekolah jemputan dan tertutup itu turut disertai keluarga dan orang awam.
Acara yang terbahagi kepada tiga kategori, awam, sekolah jemputan dan tertutup itu turut disertai keluarga dan orang awam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 1,700 peserta menyertai Larian SIGS80 sempena ulang tahun ke-80 Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) hari ini.

Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Nazatul Shima Mohamad berkata, acara yang disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk alumni, pelajar, orang awam dan dari 100 buah sekolah jemputan itu wajar dicontohi sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat.

"Acara dianjurkan SIGS seperti ini wajar diambil sebagai contoh baik oleh sekolah lain terutama yang berada dalam kawasan MBJB.

"Aktiviti seperti ini dapat semarakkan rasa cinta kepada sekolah dan juga sihat untuk tubuh badan," katanya kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan Larian SIGS80 di sini hari ini.

Nazarul (tiga dari kanan) diriingi Zuraidah (dua dari kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang hari ini.
Nazarul (tiga dari kanan) diriingi Zuraidah (dua dari kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang hari ini.

Sementara itu, menurut Pengetua SIGS, Zuraidah Said, acara larian tersebut adalah salah satu program sempena sambutan ulang tahun ke-80 sekolah itu selain majlis makan malam dan beberapa program lain yang telah dilaksanakan sebelum ini.

"Saya sangat berbangga kerana sambutan kali ini dapat mengumpulkan alumni dari tahun 1970 hingga kini. Ramai yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

"Mereka memberi sumbangan kepada sekolah malah bantu sekolah juga dengan kemahiran yang mereka ada," katanya.

Artikel Berkaitan: