Kebakaran hutan di Hawaii, ribuan penduduk, pelancong diarah pindah

Kebakaran hutan di Pulau Maui tercetus sejak Khamis lalu.
Kebakaran hutan di Pulau Maui tercetus sejak Khamis lalu.
A
A
A

HONOLULU - Kebakaran hutan di Pulau Maui, Hawaii memaksa ribuan penduduk dan pelancong berpindah ke kawasan selamat.

Penduduk juga terpaksa mengenakan topeng muka bagi mengelak sesak nafas akibat asap tebal kesan daripada kebakaran itu.

Kebakaran hutan seluas kira-kira 3,000 hektar itu tercetus pada Khamis lalu dan usaha memadamnya sedang giat dijalankan pasukan bomba.

"Bomba akan terus memantau titik api sepanjang hari.

No Image Caption

"Namun ia menjadi sukar apabila keadaan menjadi gelap," kata Datuk Bandar Mike Victorino.

Imej satelit perkhidmatan kaji cuaca kebangsaan menunjukkan asap tebal menyelubungi sebahagian besar pulau berkenaan.

Angin kencang turut memburukkan lagi keadaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Aktiviti di lapangan terbang Kahului juga ditutup kerana asap tebal mengganggu jarak penglihatan juruterbang.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan jumlah kerugian dalam siasatan. - Agensi