Tabung kebajikan bantu rakan SMAASZA

Bekas pelajar yang sertai Réunion Sahabat SMAASZA SPM 1976, di Kampung Pauh, Hulu Terengganu bergambar kenangan.
Bekas pelajar yang sertai Réunion Sahabat SMAASZA SPM 1976, di Kampung Pauh, Hulu Terengganu bergambar kenangan.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Penubuhan tabung kebajikan menjadi salah satu pendekatan dilaksanakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1976 bagi menghargai rakan-rakan di zaman sekolah.

Wakil bekas pelajar, Datuk Din Ahmad berkata, hasil kutipan melalui tabung tersebut akan disumbangkan kepada rakan-rakan yang uzur sekali gus membantu meringankan beban mereka.

"Persahabatan antara kami kembali bertaut erat sejak lima tahun lalu dan medium aplikasi WhatsApp menjadi penghubung. Bermula tahun itu juga kami adakan perjumpaan semula untuk bertemu kawan-kawan sekolah dulu.

"Perjumpaan hari ini (kelmarin) kali kelima dengan daerah Hulu Terengganu menjadi tuan rumah. Kita bermula di Kuala Terengganu dan tahun lepas kami semua berkumpul di Dungun, setiap tahun daerah berbeza.

"Selain adakan aktiviti perjumpaan, kami juga mempunyai tabung kebajikan sebagai satu lagi cara kami menghargai persahabatan yang terjalin ketika remaja dulu. Kini majoritinya telah mempunyai cucu," katanya.

Din berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sewaktu Reunion Sahabat SMAASZA SPM 1976 di Kampung Pauh di sini semalam yang dimeriahkan dengan kehadiran hampir 150 bekas pelajar sesi tahun tersebut.

Antara yang hadir ialah bekas ADUN Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib.

Artikel Berkaitan: